Urus tempahan

Jika anda tidak mempunyai akaun, anda masih boleh menguruskan tempahan anda.

Tutup
Lupa nombor rujukan reservasi anda?

Sila masukkan alamat e-mel. Kami akan menghantar nombor rujukan anda ke alamat ini

E-mel telah hantar

Maklumat rujukan reservasi telah hantar ke email anda.

Nombor rujukan tidak dijumpai

Kami tidak dapat mencari reservasi untuk alamat e-mel yang diberikan. Sila Hubungi Kami dengan link ini

Masukkan semula alamat e-mel

Selamat datang ke Rentalcars.com

Perasaan menakjubkan itu – anda menghidupkan enjin dan pengembaraan anda bermula…

Di Rentalcars.com segala-galanya yang kami lakukan adalah mengenai memberikan anda kebebasan untuk menerokai dengan lebih lanjut. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan anda kereta sewa yang betul, dan membawa anda pengalaman yang lancar, tanpa kesusahan dari mula hingga akhir. Di sini anda boleh mengetahui cara kami bekerja.

Itulah misi kami

Kami ingin membuat menyewa kereta semudah dan peribadi seperti memandu kereta anda sendiri.

Menyewa kereta membawa kebebasan kepada anda, dan kami akan membantu anda mencari kereta yang betul untuk anda pada harga yang hebat. Bukan itu sahaja. Kami berada di sini untuk membuat penyewaan kereta semudah yang mungkin.

Kami sedar layanan yang anda terima adalah penting

Oleh itu, kami menggunakan ulasan sebenar, maklum balas pelanggan yang tulen dan pengalaman kami sendiri untuk membimbing anda menerokai pilihan terbaik anda.

Kami bekerja dengan syarikat-syarikat kereta sewa di seluruh dunia

Daripada jenama sebutan ramai kepada pakar tempatan kecil – untuk menyediakan anda kereta, pilihan dan tawaran yang membuat perbezaan kepada perjalanan anda.

Di samping itu, kami terus bersama anda di sepanjang perjalanan

Pasukan pelanggan kami berada di sini untuk menyokong anda di sepanjang perjalanan anda, di mana sahaja dan pada bila-bila masa anda memerlukan bantuan tambahan.

Cara kami bekerja

Kami berasa gembira setiap kali anda menyewa kereta dan kami memastikan anda menikmati pengalaman yang hebat.

Kami bertindak sebagai broker, oleh itu, kami mengatur penyewaan kereta bagi pihak anda. Kami menggunakan kuasa pembelian yang besar kami untuk menyediakan tawaran hebat kepada anda. Namun begitu, kami bukan semata-mata suatu laman perbandingan harga, kerana kami terus bersama anda di sepanjang perjalanan.

  • Cari Anda mencari laman kami atau aplikasi kami untuk kereta yang anda mahu

  • Banding Kami memaparkan tawaran kepada anda dan ulasan yang anda memerlukan bagi membantu anda memilih

  • Tempah Anda memilih kereta yang anda mahu, menambah sebarang tambahan yang anda mahu – seperti Perlindungan Penuh (perlindungan tambahan kami) atau sebuah tempat duduk kereta – dan tempah

  • Anda sekarang bersedia Kami mengesahkan tempahan anda dengan syarikat kereta sewaan yang anda telah memilih, dan mengesahkan segala-galanya dengan anda

  • Mengambil kenderaan anda Anda membawa bersama-sama baucar (secara bercetak atau pada aplikasi anda), kad kredit, lesen memandu dan pasport anda untuk mengambil kenderaan anda

  • Berseronoklah di perjalanan anda Anda memandu dan mula menerokai…

  • Nikmatilah sokongan kami Kami berada di sini 24/7 untuk menyokong anda – sebelum, semasa dan selepas perjalanan anda

Mengapa memilih kami

Ringkasnya, oleh sebab kami menyediakan nilai yang tidak ada bandingannya dan ketenangan pada fikiran di sepanjang perjalanan penyewaan kereta anda.

Kami menggunakan semua pengalaman kami – dan pengalaman berjuta-juta pelanggan kami – untuk menyediakan anda kereta yang anda memerlukan dan kualiti perkhidmatan yang anda mahu. Selalunya pada harga yang terbaik. Tetapi jangan percaya saja kata-kata kami. Bacalah pendapat orang sebenar mengenai Rentalcars.com.

Trustpilot

Kami dinilaikan 8.1 daripada 10 di Trustpilot berdasarkan 64,810 ulasan.

World Travel Awards 2016

Laman Web Kereta Sewa Yang Terbaik di UK

Travolution Awards 2015

Aplikasi Syarikat Penyewaan Kereta Yang Terkemuka di Dunia

Siapa kami

Pengasas kami mempunyai idea mudah untuk mahu memperbaik penyewaan kereta. Kami telah berkembang maju kerana pelanggan kami suka cara kami bekerja.

Kami ditubuhkan sejak tahun 2004 sebagai TravelJigsaw. Empat tahun kemudian, kami membuat 1000 tempahan sehari. Pada tahun 2010, kami telah menyertai Priceline Group dan mengubah jenama sebagai Rentalcars.com.

Hari ini, kami membuat 8.5 juta tempahan setahun (dan semakin meningkat) di lebih daripada 53,000 lokasi merentasi 163 buah negara.

Pertumbuhan mengagumkan kami bergantung pada pasukan hebat kami. Kami mempunyai 1200 rakan sekerja dari 70 negara dan pusat operasi kami adalah di Manchester, UK.

Kami berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada keluarga jenama pengembaraan dalam talian yang terkemuka di dunia:

  • Booking.com
  • Priceline
  • Kayak
  • Agoda.com
  • Rentalcars.com
  • OpenTable

Affiliate

Hubungkan bisnes anda kepada pilihan sewa kereta kami yang unggul

Ketahui lebih lanjut